PUDING ROTI DENGAN SOS KASTARD

February 14, 2016
Baru berkesempatan nak update puding roti dengan sos kastard kak Ujie :) . Hari ni kak ujie bawa ke office, alhamdulillah, semua suka :) Honestly kak ujie memang suka sangat puding roti ni rasanya yummyyy sedap sungguh sehingga menjilat jari .wink...wink..


Seperti yang dijanjikan kak ujie update bahan-bahan dan cara-cara buat puding roti dengan sos kastard okay : 


Bahan (adunan untuk 1 loyang)  : 

6 keping roti (dipotong dadu) 
2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
1/2 sudu gula kastor
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil perisa vanilla 
2 - 3 biji telur 
Sedikit kismis
Sedikit serbuk kayu manis

Bahan sos kastard : 


Susu segar 1 cawan, 

1 sudu tepung kastard 
1/2 gula kastor. 


Cara-cara : 



Panaskan susu seketika dan bila hampir mendidih, bolelah diangkat. 

Masukkan roti dalam loyang dan kacau rata supaya iyanya terendam. 

Bakar mentega, garam dan gula. Kacau rata dan biarkan sedikit sejuk sebelum dimasukkan telur supaya telur tidak masak. 


Akhir sekali masukkan telur dan esen vanilla. Kacau rata. Masukkan sedikit kismis dan kayu manis. 


Bakar 20 - 30 minit suhu 150 darjah celcius. 


Cara masak sos kastard : 


Masukkan susu , tepung kastard dan gula, gaul dulu sama rata di atas api yang kecil. 

Sos akan menjadi pekat macam yang anda nampak kat bawah tu :) 



SIAP  :) 






Yummy...sedapppnya... :) 



xoxo 
Ujie 
0173305025 





Post a Comment
Harzie. Powered by Blogger.